Saturday, December 17, 2011

EMP (Elektronic Magnetic Pulse)- Antara senjata Dajjal

      EMP BOMB                        

Adakah anda bersedia bergelap tanpa cahaya lampu,..wang elektronik atau wang kertas yang tidak dapat dikeluarkan dari bank..tiada air kerana mesin water pump tidak berfungi…memang menyeksakan…memang perit…huru-hara manusia di buatnya…itulah antara senjata rahsia yang sangat ampuh yang di miliki oleh tentera Dajjal..EMP..(electronic magnetic pulse)..


Senjata HAARP, nuclear, senjata kimia@biology dan EMP adalah senjata baru alaf mellinium yang sangat merbahaya kepada manusia sejagat…senjata ini akan memusnahkan dan mengurangkan populasi manusia secara drastik..

Di akhir zaman nanti manusia akan berperang semula dengan hanya menggunakan besi batu dan kayu sahaja (saki baki perang)…ini adalah kerana penggunaan senjata EMP..senjata ini akan mematikan dan memusnahkan segala peralatan elektronik hingga ke wayarnya sekali…hanya 1 atau 2 butir bom EMP di lancarkan sudah untuk cukup menggelapkan sesebuah Negara jika bom tersebut di lancarkan pada aras ketinggian @ altitude yang lebih tinggi daripada struktur lapisan ionisfera bumi..

Konspirasi golongan elit atau Dajjal ini telah menjalankan banyak projek-projek rahsia yang dijalankan. Antara projeknya ialah Starwars Project, BlueBeam project, Pandora Project, Genom Project  Phliphedia Project dan banyak lagi projek rahsia termasuk UFO project..



Pembinaan senjata EMP adalah dibawah kelolaan Starwars Project yang lebih dominan dan yang lainnya ada perkaitan antara satu sama lain..Bom EMP boleh dihantar samada di lancarkan dengan roket atau di bawa dengan pesawat canggih supersonik merentas angksa pada altitud yang tinggi..


                                                             B2 SPIRIT BOMBER


Bersediakah kita akan situasi ini…saya bukan ingin menakutkan anda semua…minta dijauhkan. Peperangan dunia ke-3 akan menggunakan senjata ini secara total selain nuclear, kimia dan biologi …Sebenarnya penggunaan senjata ini telah dihebahkan dalam permainan game strategi Command & Conquer General. Dalam siri Astro "Future Weapon" juga telah didedahkan akan keupayaan EMP..




Kini senjata ini juga turut dimajukan oleh Iran,Rusia,China dan Korea Utara..Ini bukan omongan kosong..perhatikan video ini



Jika direnungkan pada hadis bagaimana Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa, bagaimana Yaakjuj dan Makjuj menembak panahnya ke langit dan mengapa nabi menyuruh kita belajar berenang, berlari, menunggang kuda, belajar guna pedang…semuanya seolah-olah zaman masa lampau. Bermakna kita akan Back to Ancient..tidak ada satu pun yang menyentuh tentang peralatan mekanikal dan eletronik…Ini bermaksud selepas perang dunia ketiga, bumi akan bergelap dan banyak kemusnahan yang berlaku kerana perang. Kuncu Iblis telah membuat persediaan akan peristiwa ini..bagaimana dengan orang islam? Penyelamat orang islam adalah melalui zikir kepada Allah dan akidah yang kental sahaja...





Pada masa ini Dajjal akan dizahirkan pada dimensi terakhir seperti mana yang telah saya postkan dahulu..Formula matematik Dajjal memerintah..1 HARI ADALAH SEPERTI HARI-HARI BIASA..MASA SUDAH TERLALU SINGKAT...Muhasabah diri dan tingkatkan iman kita dan bersedia fizikal dan mental..Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 dan Tahun Baru 2012..Wallahuaalam.

Friday, May 27, 2011

SEMBOYAN PERANG DUNIA KETIGA (WWR3) HAMPIR BERBUNYI

Artikel ini bukan untuk menakutkan anda semua..tetapi terpanggil oleh hati aku untuk supaya memberitahu anda kerana kita umat islam sedang di fitnah yang teruk dan bermimpi bahawa kaabah di mekah runtuh..Aku bukan berdoa untuk mintak terjadinya perang..nauzibillah hi min za lik..aku tak mahu..senario dunia yang berlaku pada hari ini yang semakin huru-hara semakin jelas. Untuk menyedarkan anda semua kita umat manusia khususnya umat islam berada dalam keadaan yang sangat bahaya…fitnah Dajjal semakin berleluasa..

Kalau anda perhatikan dalam media hari ini bermacam-macam telah berlaku baik bencana alam..krisis ekonomi..peperangan..masalah social dan banyak lagi..berpegang teguh lah pada ajaran Nabi Muhammad (Sunnah Wal Jamaah) dan sentiasa mengingati Allah..




Perang dunia ketiga (WWR3) adalah perang nuclear yang telah dirancang oleh anggota elit Freemason dan illuminati..Bermula dengan perang dunia pertama, perang dunia kedua dan perang dunia ketiga..Mungkin juga akan berlaku perang Ammergedon, perang dunia ke empat...umat islam akan di tindas dan dibunuh tanpa belas kasihan…Perancangan Iluminati@freemason adalah menghapuskan dan mengurangkan populasi manusia dan sebagai sembahan ritual darah serta jiwa manusia kepada iblis…


One message that Albert Pike received from his "spirit guide," :
terjemahan:
Perang Dunia Pertama (WWR1):
Agar Illuminati dapat menggulingkan kekuasaan Tzar di Rusia dan merubah negara tersebut menjadi kubu Komunisme-Atheistik. Perselisihan-perselisihan antara Kekaisaran Inggris dan Jerman yang digerakkan oleh para Agentur Illuminati dihidupkan untuk menimbulkan perang ini. Setelah perang selesai, Komunisme dibangun dan digunakan untuk menghancurkan pemerintahan-pemerintahan lainnya serta untuk memperlemah agama-agama.

Perang Dunia Kedua(WWR2):
Dihasut dengan memanfaatkan perselisihan-perselisihan yang terjadi antara Politik Fasis dengan Zionis. Dengan peperangan ini maka ia akan menghancurkan Naziisme dan kekuatan Politik Zionis akan meningkat dan semakin kuat, dengan demikian negara Israel yang berdaulat dapat didirikan di Palestin. Selama berlangsungnya perang dunia kedua, kekuatan Komunisme Internasional dibangunkan sampai kekuatannya sebanding dengan kekuatan umat Kristian. Pada tahap ini ia ditahan serta diawasi sehingga diperlukan dalam pergolakan akhir masyarakat.

Perang Dunia Ketiga (WWR3):
Dihasut dengan memanfaatkan perselisihan-perselisihan antara Politik Zionis dengan Para Pemimpin Dunia Islam yang digerakkan oleh para agentur Illuminati. Peperangan diarahkan sedemikian rupa dengan mengadu-domba Islam dengan Politik Zionis (termasuk Negara Israel) yang akan saling menghancurkan, sementara pada waktu yang bersamaan negara-negara lainnya, dipecah-belah untuk saling bertentangan satu-sama lain dalam masalah ini, mereka akan dipaksa untuk berperang sampai kepada sebuah keadaan keleletihan yang merata baik secara fizikal, mental, spiritual maupun ekonomi.

Dipetik dari: thethreeworldwar.com



ALBERT PIKE

Lambang Freemason


Siapakah Albert Pike? Seorang yang genius. Boleh memahami 16 bahasa .Dia adalah ahli anggota freemason tahap 33 degree. Pangkat tertinggi dalam anggota freemason. Seorang Jeneral Tentera Amerika dari tahun 1859-1891. Kuncu iblis ini telah menulis sebuah buku Masonic Book di kenali sebagai Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Rite of Freemasonry.

Antara lain suratnya (BluePrint) kepada Giuseppi Mazzini bertarikh 15 Ogos 1871...

“The Third World War was planned to result from the different stirred up by Illuminati agents between the Zionist and the arabs. The conflict was planned to spread worldwide. The Illuminati, said latter,’planned to inleash the Nihilists and the Atheist and provokes a formidable social cataclysm which in all its horror will show clearly to be nations the effect of obsolute theism of savagery and the most bloody turmoil”.

“ Hasil perang dunia ketiga telah dirancang oleh agent IIuminati untuk mencetuskan perbezaan antara Zionist dengan Arab.Konflik ini dirancang agar tersebar keseluruh pelusuk dunia. IIluminati dalam surat itu disebut sebagai “rancangan untuk menghapuskan kaum Nihilists dan para Atheis dan mendorong ketidakseimbanagan social sehingga segala bentuk kengerian da ancaman Negara bangsa, punca balas dendam dan huru-hara”.

Sekarang kita telah menyaksikan kawasan timur tengah terjadi huru-hara bermula dengan Tunisia, Mesir, Libya,Yemen dan sekarang Syria..Nampaknya aturan dan perancangan Albert Pike telah menjadi kenyataan.Di Asia Timur berlaku juga ancaman perang Myanmar dan Thailand, Korea Selatan dan Korea Utara.

Banyak karya-karya dan buku dari barat yang menyatakan peperangan Nuklear ini akan terjadi. Antaranya ialah Future Fast-Forward karya Matthias Chang, Why Israel’s Can’t Wait karya Jerome R.Crosi dan The Golem: Israel’s Nuclear Hell Bomb and The Road to Global Armageddon karya Michael Collins Piper. Dan banyak lagi yang di tulis oleh individu yang prihatin dan tahu akan conspiracy Freemason bahawa perang ini semakin hampir meletus.

Sebagai manusia yang normal, cintakan keamanan, kasih-sayang dan segala yang baik dan positif, adakah kita perlu membina atau mencipta dan membeli senjata? Kenapa kita perlu lakukan semua ini? Adakah sebagai perlindungan diri atau untuk menjalankan perniagaan atau memang untuk menumpahkan darah manusia? Perniagaan yang paling menguntungkan di dunia pada hari ini, rangking kedua jatuh kepada penjualan dadah…Rangking PERTAMA adalah PERNIAGAAN SENJATA…

Jet JF35 yang baru dibeli oleh Singapura

Kapal selam nuklear (silent kill), HMS Ambush berteknologi tinggi & digeruni



Berita-berita terkini pada abad ini pembelian senjata oleh Negara-negara pada hari ini semakin rancak. Sekilas fakta dari Akhbar berita harian..

Saudi beli senjata AS$60 bilion


Jumaat, 22 Oktober 2010 13:04
WASHINGTON 22 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran.
Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro berkata, rancangan tersebut membabitkan penjualan 84 buah pesawat pejuang F-15, 70 helikopter tempur Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan.

Penjualan yang turut dilengkapi dengan naik taraf 70 buah pesawat F-15 terpakai, 'tidak akan melebihi jumlah AS$60 bilion', tambahnya ketika pentadbiran Presiden Barack Obama memaklumkan kepada Kongres berhubung rancangan tersebut.
Kongres mempunyai kuasa untuk melulus atau menangguh perjanjian itu dan menurut Saphiro, Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut.
Penghantaran senjata ke Arab Saudi akan dibuat dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun.

"Ia akan memberi mesej tegas kepada negara-negara di rantau itu bahawa kami komited untuk membantu keselamatan rakan penting dan sekutu kami di Teluk Arab dan seluruh Asia Barat," ujar Saphiro.

Walaupun beliau menyatakan penjualan berkenaan 'tidak sepenuhnya berkaitan dengan Iran', Saphiro mengakui sebahagiannya adalah bertujuan membantu Arab Saudi mengatasi ancaman daripada republik Islam bukan Arab itu di Teluk.
Pegawai pertahanan AS berkata, perjanjian itu telah diusahakan sejak beberapa bulan lalu berikutan Arab Saudi, yang semakin bimbang dengan peluru-peluru berpandu milik Iran.

Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu pemberita bulan lalu, 'jika kamu melihat kepada kerajaan (Arab Saudi), ancaman besar yang dihadapi mereka di rantau itu datang dari Iran'.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pakej persenjataan tersebut 'memberikan keupayaan pertahanan untuk mempertahankan negara serta kemampuan pencegahan'.
Pakej pertahanan itu turut menyenaraikan beribu-ribu bom pintar berpandukan laser termasuk peluru berpandu JDAMS, Hellfire dan Sidewinder.



Agak mengerikan, pada hari ini terdapat lebih kurang 300,000 kepala peledak nuclear (Nuclear Warhead) di seluruh dunia. Angka ini amat tinggi. Adakah situasi ini sama seperti mana yang digambarkan dalam cerita Terminator 2 dan Terminator 3? Barat telah mengkaji akan perubahan dunia ini akibat perang nuclear. Akibat perang ini banyak nyawa dan jiwa manusia melayang. Pada masa itu segala peralatan teknologi dan bangunan musnah sama sekali. Hanya yang tinggal saki baki sahaja..Berkemungkinan besar teknologi memang tidak boleh di pakai langsung akibat letusan eletromagnetik bom nuclear dan juga tamatnya system computer alaf mellinium Y2K2038 (the next article).

Pakar pengkaji nuclear,Dr Helen Caldicott, Sebutir bom nuclear yang meletup mampu membunuh dan mencederakan 1 juta manusia serta merta, 2.6 juta lagi akan mati secara perlahan-lahan akibat ancaman radiasi dan 10.5 juta manusia lagi akan terdedah kepada ancaman radiasi..cukup mengerikan…bagaimana kalau 300,000 butir?

Kemungkinan perubahan ini adalah sejajar dengan hadis Rasullulah:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu:-
"Ketika mereka (kaum muslimin) sedang mempersiapkan diri untuk berperang dan meluruskan shaf-shaf, kemudian solat pun didirikan. Maka turunlah Isa bin Maryam alaihis salam. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, maka dia akan meleleh sebagaimana garam meleleh dalam air. Seandainya Nabi Isa membiarkannya, maka ia akan meleleh hingga hancur. Akan tetapi Allah memperlihatkan kepada mereka darah Dajjal di tombaknya."
(HR Muslim dalam Shahihnya : Kitab Al-Fitan Wa Asyrathus Saa'ah)


Darah Dajjal di tombaknye…Kenapa tidak disebut Dajjal tembus perut atau kepalanya kerana peluru…Bermaksud pada pada zaman Dajjal dizahirkan, semua teknologi persenjataan teknologi dan kuasa senjata makenik lupus sama sekali kerana Bom nuclear@HAARP weapon@eletronik magnetic Bomb. Senjata akan makan tuan…Pada masa itu dunia berperang menggunakan pedang, tombak dan panah semula. Back to Ancient. Panjang umur kita akan menyaksikan semua ini…

Dunia pada hari ini mula memerhatikan akan kebenaran ramalan Notradamus, aapabila ramalannya tentang serangan World Trade Center pada 11 September 2001 telah terjadi..Karya nya adalah dalam bentuk puisi atau Quatrin dan lukisan (The Lost Book of Notradamus).

Notradamus

Siapakah Notradamus? Dia adalah seorang berbangsa Yahudi. Datuknya dahulu banyak mengambil naskah-naskah hadis daripada kalangan para sahabat dan ulama zaman Nabi Muhammad dan kemudian diturunkan kepadanya. Seorang pengkaji hadis dan penganut agama Kabbalah (penyembah Lucifer/sihir). Dia menterjemah kajiannya dalam bentuk lukisan dan puisi (The Lost book of Notradamus). Ramalannya hari ini telah menjadi perhatian besar buat ahli-ahli politik, ekonomi dunia. Ramalannya apa yang berlaku di New York seperti lukisannya di bawah.

Lukisan tower yang terbakar

Peristiwa 911 PWTC, New York


Dalam bentuk puisi pula adalah seperti berikut:

Century 1, Quatrain 87
Earth-shaking fire from the center of the earth.
Will cause the towers around the New City to shake,
Two great rocks for a long time will make war,
And then Arethusa (the waterer) will color a new river red.



Ramalannya yang mengerikan satu lagi…berkemungkinan satu fitnah besar kepada umat islam adalah lukisan seperti dibawah..

The Beast of Horror

Lembaran kain itu boleh jadi perubahan memasuki abad baru..bentuk roda/stering kapal boleh jadi masa berlalu begitu pantas..Diperbesarkan gambar pada tangan beast itu adalah seperti gambar pokok..Adakah ia pokok? Perkataan one male..boleh jadi Dajjal @ pemimpin yang kejam..




Dalam puisi pula adalah seperti berikut:

Century 6, Quatrain 97
At forty-five degrees, the sky will burn,
Fire approaches the great new city,
Immediately a huge, scattered flame leaps up
When they want to have verification from the Normans.


45 darjah yang dimaksudkan besar kemungkinan kedudukan Longitud dan Latitud bumi. Bermakna dalam koordinat tersebut tempatnya besar kemungkinan kawasan itu selari dengan negara Eropah @ New York @ Georgia(bersebelahannya). Situasi ini sama dengan pendedahan wikileaks baru-baru ini..keratan akhbar Berita Harian…

Selasa April 26, 2011
Ugutan Nuklear Jika Osama Dibunuh Atau Tangkap

LONDON: Mereka yang berada di belakang perancangan letupan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia New York pada 11 September 2001 memberi amaran bahawa Al-Qaeda akan meletupkan bom nuklear di benua Eropah sekiranya Osama bin Laden ditangkap atau dibunuh, demikian menurut pendedahan maklumat yang disebarkan oleh WikiLeaks.
Malah kumpulan itu juga pernah mengugut akan melakukan sekali lagi serangan sepertimana di Amerika ke atas Lapangan Terbang Heathrow di London.
Maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks itu adalah petikan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas perancang utama serangan berani mati 11 September iaitu Khalid Sheikh Mohammed di Kem Tahanan Teluk Guantanamo.
Khalid Sheikh Mohammed memberi amaran bahawa kumpulan pengganas itu akan meletupkan bom nuklear seandainya Osama dibunuh atau ditangkap.
Maklumat itu memberi gambaran mengapa sehingga ke hari ini Osama Bin Laden masih tidak dapat ditangkap atau dibunuh oleh agen-agen Amerika kerana bimbang ia akan mencetuskan impak besar ke atas tindakan membalas dendam oleh para pengikut Al-Qaeda.
Sheikh Mohammed, yang mengaku bertanggungjawab merancang serangan ke atas Amerika pada 11 September 2001 telah ditahan di Guantanamo sejak 2006 dan kini sedang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah tentera Amerika di Pangkalan Tentera Laut Amerika, Cuba.
Laporan tentang amarannya itu telah disiarkan oleh akhbar harian Britain, Daily Telegraph semalam. Akhbar tersebut merupakan salah satu media yang dibekalkan dengan maklumat tersebut oleh WikiLeaks.



Ini bermakna Yahudi Zionist dan CIA akan meletupkan bom nuclear atau perang antara Iran dan Amerika di mulai dengan peluru Nuklear.

Dalam kitab Al-Fitan telah dinyatakan akan keadaan ini. Apa dia kitab Al-Fitan ni..kitab yang menceritakan akan huru-hara di akhir zaman…Antara keratannya..

“ Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun,hitunglah dekad itu dua atau tiga…akan muncul al-Mahdi al-Amin (Pemimpin yang mendapat petunjukdan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia….”

Bermaksud 1 dekad=10 tahun, 1400+30=1430hijriyah, 1433(tahun 2012) dan tahun ke atas..Huru-hara di Timur Tengah, Perang di Libya sedang berlaku…

Hadis nabi mengenai perang…

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telahan aku, berdamai dengan Rom bermaksud.. bangsa Arab akan berdamai dengan Amerika dan sekutunya..musuh dari belakang ialah Iran..Huru-hara yang berlaku di Syria hari ini amat menakutkan kerana boleh jadi Iran akan campur tangan kerana kedua-dua pemimpin Syria dan Iran adalah bermazhab Syiah…Campur tangan Iran di Syria akan menyebabkan perang dengan Amerika dan gengnya..Manakala Iran bersahabat baik dengan Russia dan China..kerana hubungan baik diplomatik dan ekonomi ekoran sumber minyak…Bila perang Iran Amerika, sudah tentu kuasa besar China dan Russia akan membantu dan bergabung dengan IRAN,RUSSIA,CHINA…WAR WORLD THREE (WW3) BEGINS!...

Meriam nuklear milik China


Saranan Yahudi Zonist, Freemason, Illuminati and Secret society pada pelan meyambut kedatangan Dajjal telah tiba..Dajjal akan dizahirkan setelah berlaku WW3 sebagai penyelamat atau Avatar..Apabila perang manusia berada dalam ketakutan..Dajjal akan mencari mangsanya supaya mengikutnya..sampai satu tahap kebaikan dan bantuannya dia akan mengaku sebagai nabi..kemudian mengaku sebagai tuhan…

Fitnah di ambang penzahiran Dajjal adalah lebih bahaya daripada fitnah kuncunya dari golongan Freemason dan Yahudi Zionist sekarang…

Berpegang teguh lah pada tali Allah dan Rasulllah..Tak ada jalan yang selamat selain berdoa pada Allah dan teguhkan iman kita..Islam kembali dagang..itulah janji Allah..wallualam

Friday, May 13, 2011

FORMULA MATEMATIK-40 HARI DAJAL AL-MASIH DALAM HADIS

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita
Untuk lebih detail tentang perkara ini sila rujuk sini
Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:
1 hari = Setahun = British = Pound

1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar
1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money (Chemtrail?)
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata

Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.
Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya.
Ini peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan
“…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim).

Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan mengenai air ‘Sea of Galilea’ (HR Muslim) (Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj belum keluar maka apakah penjelasan mereka jika air Sea of Galilea telah kering sebelum Ya’juj & Ma’juj belum keluar?).

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dan sebagainyanya.

Oleh sebab itu,ini lah masa yang tepat untuk kita bertaubat
Huh? What does it mean to maintain “humanity” under 500 m
Huh? What does it mean to maintain “humanity” under 500 million?
Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada radioaktif peperangan nuklear, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”.
Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.
Effect of nuclear radiations in miles.

Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.
Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47
“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung…”; al-Hajj:47
Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5
Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:
1 hari = Setahun = 1,000 tahun
1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun
Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:
353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walaubagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw.

Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.
Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.
(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15

Dalam artikel terdahulu Great Depression 2019 selari dengan pemerintahan Israel yang akan bermula 2014..Pemerintahan mereka ini akan menyaksikan pelbagai huru-hara dunia dalam setiap sudut ..Oleh apa akan jadi pada USA? USA akan hancur dengan kehancuran ekonominya (Depression Crisis) dan banyak berlaku bencana alam (HAARP WEAPON) yang dicetuskan oleh pemimpin elit Zionist… Klunya hampir terjawab, bahawa pemerintahan Dajjal dan Yaajuj dan Majuj adalah hampir berada dalam tempoh waktu yang sama..

Friday, May 6, 2011

SYIAH DAN ZIONIST-TAK SAMA TAPI SERUPA

Syadi Faqeh, seorang penulis Syiah dari Lubnan telah melontarkan satu fakta yang menarik. Di dalam bukunya "Ahmadi Nejad, Wa al-Thawrah al-'Alamiyyah al-Muqbilah" (Ahmadi Nejad, Dan Revolusi Sedunia yang hampir), beliau telah membuat perbandingan di antara Bush dan juga Ahmadi Nejad. Kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang bermusuh itu telah cuba dibandingkan melalui sudut yang amat unik. Melalui perbandingan yang telah beliau lakukan, ternyata terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya berbanding dengan perbezaan. Walaupun "persamaan" merupakan perkataan yang digunakan, namun persamaan-persamaan tersebut bukanlah bererti mereka berdua sama dalam setiap sudut yang diperbincangkan. Bak kata pepatah Melayu, serupa tapi tak sama.




Persamaan Bush dan Ahmadi Nejad

Antara persamaan tersebut ialah:

Kedua-dua Bush dan Ahmadi Nejad mewakili golongan Konservatif dan golongan ekstrimis kanan aliran masing-masing. Bush mewakili golongan Kristian Avengalist dan golongan neo-konservatif di dalam politik As, manakala Ahmadi Nejad pula mewakili golongan konservatif Syiah (Hujjatiyeh) di dalam politik Iran.

Kedua-duanya juga merupakan idealis di dalam memperjuangankan ideologi masing-masing.

Kedua-dua Bush dan Ahmadi Nejad mempunyai matlamat mengamankan dunia dari musuh-musuh mereka yang dianggap sebagai Syaitan. Bush sentiasa menjadikan segala polisi luar negaranya langkah untuk menjaga keamanan dunia dari ancaman paksi kejahatan (Iran, Korea Utara dan Syria). Ahmadi Nejad pula berjuang untuk menghapuskan kejahatan "Mustakbirin" yang membawa kemusnahan kepada dunia. Mustakbirin tersebut adalah Rejim Zionis Israel dan juga AS.

Kedua-duanya beranggapan bahawa mereka sedang melaksanakan misi Tuhan untuk tujuan tersebut.


Kedua-dua Bush dan Ahmadi Nejad tidak mengenal erti toleransi dan bertolak ansur dengan musuh-musuh mereka. Apabila berhadapan dengan musuh masing-masing, kedua-duanya akan bersifat agresif dan juga tegas. Ucapan-ucapan Bush mengenai Iran, dan juga ucapan-ucapan Ahmadi Nejad mengenai AS cukup menjadi bukti kepada sikap masing-masing terhadap musuh.


Kedua-dua mereka juga begitu mengimani teori pertembungan antara dua tamadun, Islam dan Barat (Kristian).

Bush sentiasa mendapatkan nasihat-nasihatnya daripada para pemimpin Avengalist seperti Pat Robertson, Jerry Farewell dan lain-lain di dalam persoalan politik. Ahmadi Nejad pula sentiasa mendapatkan pandangan daripada para ulama merangkap pemimpin spiritualnya seperti Syeikh Misbah al-Yazdi dan Syeikh Jawwad al-Aamili.

Bush merupakan Datuk Bandar Texas, manakala Ahmadi Nejad pula merupakan Datuk Bandar Irdibil.

Kedua-dua mereka telah menggantikan orang yang mereka anggap tidak menepati kehendak Tuhan di dalam karier politik mereka. Bush menggantikan Clinton yang rosak akhlaknya dan dianggap oleh Bush sebagai orang yang engkar kepada perintah Tuhan. Ahmadi Nejad pula menggantikan Khatimi yang dianggap oleh beliau sebagai penyebab kepada keruntuhan akhlak muda-mudi di Iran.

Kedua-dua mereka menjadikan agenda memperbaiki masyarakat dan memerangi keruntuhan moral sebagai polisi dalam negara AS dan Iran.

Ketika Bush menerima perlantikan sebagai Presiden AS, beliau telah mewarnai Rumah Putih dengan acara-acara keagama Kristian. Beliau juga telah memperhebatkan usaha keagamaan Kristian di dalam pentadbirannya. Bush juga telah mengadakan kelas Injil di dalam Rumah Putih sebagai aktiviti hariannya. Ahmadi Nejad juga terkenal dengan usahanya memperhebatkan upacara-upacara keagamaan. Beliau juga amat pro-aktif di dalam usaha memperkembangkan ajaran Syiah, di samping usahanya mengadakan kelas agama sebagai program harian di kediaman Presiden Iran.

Jesus dan al-Mahdi di dalam politik AS-Iran
Bush begitu beriman dengan aqidah kedatangan semula Jesus untuk membawa 1000 tahun kegembiraan. Ahmadi Nejad juga begitu kuat mengimani aqidah kebangkitan semula Imam al-Mahdi Syiah yang akan membawa keamanan kepada dunia.

Bush mempersiapkan polisi-polisi luar AS sebagai persiapan untuk menantikan kebangkitan semula Jesus yang diyakini beliau semakin hampir. Lobi Kristian Zionis di dalam kumpulan Neo-Konservatif di kongres AS telah membantu beliau untuk menjayakan misi tersebut. Ahmadi Nejad pula mempersiapkan segala kekuatan dan memusatkan segala usaha negaranya untuk menyambut kebangkitan al-Mahdi yang dianggap semakin hampir. Kumpulan ulama dan juga pengawal revolusi akan sentiasa bersama beliau untuk memastikan polisi Iran adalah selari dengan persiapan mereka untuk menyambut kebangkitan tersebut.

Bush begitu mengimani peperangan besar (Amagedon atau Apocalypse war) di Palestin di antara Yahudi dan orang Arab. Peperangan tersebut menjadi pra-syarat terakhir sebelum munculnya Jesus. Ahmadi Nejad pula mengimani peperangan besar yang akan berlaku di Palestin di antara Yahudi dan umat Islam di bawah pimpinan Imam al-Mahdi. Kedua-dua mereka sedang menantikan peperangan tersebut. Bush melalui polisi luarnya sentiasa melindungi kaum Yahudi Zionis sebagai persiapan untuk peperangan tersebut. Ahmadi Nejad pula sedang memperhebatkan usaha mengumpulkan kekuatan demi peperangan berkenaan.

Kebanyakan pengikut-pengikut Bush mempercayai bahawa beliau akan menjadi pemimpin tentera di dalam peperangan Armagedon. Para pengikut Ahmadi Nejad juga ramai yang mempercayai bahawa Ahmadi Nejad akan menjadi pemimpin tentera al-Mahdi.

Bush meyakini antara pra-syarat kedatangan semula Jesus adalah perhimpunan orang-orang Yahudi di bumi Palestin. Ahmadi Nejad pula meyakini bahawa al-Mahdi akan muncul semula apabila kaum Yahudi telah berkumpul di Palestin dan juga setelah mereka menawan Masjid al-Aqsa.

Bush membuat pentafsiran kepada suasana politik berdasarkan pentafsiran semula kitab perjanjian lama (Old Testament) di dalam Bible. Ahmadi Nejad pula membuat pentafsiran kepada suasana politik semasa berdasarkan al-Quran dan juga riwayat-riwayat daripada Imam-imam Syiah.

Bush menganggap Iran sebagai tentera Dajjal, Ahmadi Nejad pula menganggap AS sebagai tentera Dajjal.

Bush menganggap penjajahan AS ke atas Iraq sebagai langkah awal kepada kemunculan Jesus. Ahmadi Nejad pula menganggap ianya sebagai petanda awal kedatangan al-Mahdi.

Bush beriman bahawa perlindungan AS kepada "Israel" adalah tanggungjawab aqidah. Ahmadi Nejad pula meyakini bahawa kehancuran "Israel" pula sebagai perkara aqidah.

Bush beriman bahawa Kitab Perjanjian Lamanya ada memberikan petunjuk bahawa usaha untuk menghancurkan "Israel" akan menyeberangi Iraq. Di atas kepercayaan inilah beliau mempersiapkan kekuatannya di kawasan berkenaan sebagai persiapan untuk peperangan Armagedon. Ahmadi Nejad pula meyakini bahawa tentera al-Mahdi yang akan menghancurkan "Israel" untuk membebaskan al-Aqsa akan menyeberangi Iraq. Beliau begitu meyakini kata-kata Khomeini yang mengatakan bahawa "Jalan untuk membebaskan al-Aqsa akan melalui Karbala!".

Kedua-dua Bush dan Ahmadi Nejad mempercayai bahawa Baitul Maqdis bakal menjadi ibu kota kepada kerajaan Tuhan di muka bumi.


Perbezaan Bush dan Ahmadi Nejad

Mengenai perbezaan pula, walaupun tidak banyak, namun ianya amat ketara. Syadi telah mengumpulkan beberapa perbezaan utama, antaranya:

Bush merupakan anak orang kaya, bapanya seorang mantan presiden dan seorang jutawan. Ahmadi Nejad pula merupakan anak seorang tukang besi yang miskin.

Bush dilahirkan dan dibesarkan di dalam istana milik keluarganya di Texas. Ahmadi Nejad dilahirkan dan dibesarkan di dalam rumah buruk milik keluarganya yang miskin di dalam perkampungan di pinggir bandar Tehran.

Bush merupakan seorang pelajar yang pemalas dan nakal di sekolah dan di kolej. Ahmadi Nejad pula merupakan seorang yang cerdik dan rajin di sekolah dan universiti serta memiliki sijil PhD.

Bush melarikan diri daripada khidmat ketenteraan AS. Ahmadi Nejad pula pernah menjadi tentera selama enam tahun dan terlibat di dalam peperangan di barisan hadapan. Beliau juga pernah tercedera beberapa kali di dalam pertempuran.

Bush merupakan ahli aktif di dalam kelab besbol di kolej, manakala Ahmadi Nejad pula merupakan seorang aktivis kelab keagamaan ketika di Universiti.

Bush hidup di dalam kemewahan dan juga di dalam istananya di Texas dan juga di Rumah Putih. Ahmadi Nejad pula hidup secara zuhud dan sederhana di dalam rumah kecilnya di pinggir Tehran.

Bush merupakan seorang jutawan dan telah membelanjakan jutaan dollar AS untuk kempen pilihanraya beliau. Ahmadi Nejad pula merupakan seorang yang sederhana dan tidak menghabiskan walau seriyal Iran pun sewaktu kempen pilihanraya.


Hari ini, Asia barat bagaikan menjadi saksi kepada pergelutan kuasa di antara kedua-dua negara AS dan Iran. Isu nuklear Iran, perang Hizbullah-"Israel" , isu Iraq dan lain-lain lagi. Kedua-dua buah negara diterajui oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kedua-dua negara dipandu oleh pemimpin yang berjuang bermotifkan ideologi. Kedua-duannya juga sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan yang besar. Apakah mungkin cukup bagi dunia kedua-dua pemimpin seumpama ini ataupun dunia memerlukan lebih dari dua orang pemimpin yang serba kontreversi ini? Atau mungkin juga dunia tidak memerlukan kepada pemimpin-pemimpin seperti kedua-dua pemimpin ini?

Apa yang pasti, peta politik Asia Barat tidak lagi seperti dulu selepas ini akibat dari pentadbiran kedua-dua pemimpin berkenaan! Hakikatnya mereka adalah sama. Sama-sama memusuhi Islam (ajaran Nabi Muhammad) Cuba anda renungkan… Kenapa Dome of Rock ( Kuil Zionist, Solomon Temple) yang setentang dengan Masjidil Aqsa juga berbentuk Kubah?

Gambar Solomon Temple (Dome Of Rock)

Struktur Solomon Temple dan Masjidil Aqsa (Palestin)



Kita sedia maklum, Temple of Solomon adalah tempat di mana Dajjal akan bertakhta di situ suatu hari nanti…Oleh itu kenapa tidaknya Dome of Rock itu tidak berbentuk segitiga seperti Piramid Giza (Lambang Freemason)? Seperti mana lambang bendera Israel…Jawapan ada pada anda sendiri….Bagi saya Syiah dan Zionist ini sedang merancang sesuatu peristiwa yang sangat besar….Perang Dunia Ketiga (WWR3) bagi menghancurkan manusia...Mereka ini sanggup membuat pembunuhan (Holocust) seperti mana tentera Nazi buat semasa perang dunia kedua…Terjadinya pembunuhan beramai-ramai ini adalah sembahan ritual penganut Kabbalah kepada Iblis..Seperti mana yang berlaku peristiwa berdarah 9/11 di USA…Dan tidak mustahil juga yang sedang berlaku sekarang..seperti peperangan di Libya… Tujuannya adalah menantikan Avatar atau Sang Penyelamat masing (Dajjal Al-Masih).

Wednesday, April 27, 2011

Bahaya Ajaran Syiah-Iran

Sebenarnya persoalan ttg Syiah dan akidah mereka telah lama diperdebatkan samada di forum-forum atau medan-medan yang lain sebelum ini. Walaubagaimanapun masih ramai di kalangan kita yang masih tertanya-tanya kerana keliru dengan status golongan ini di dalam Islam. Malah kenyataan-kenyataan kebanyakan para forumers samada pro atau kontra, masih berlegar di anjung luar Syiah, bukan diruang tamunya, apalagi dibilik tidurnya. Oleh sebab itulah persoalannya seakan-seakan tidak bertemu titik noktahnya. Dan oleh kerana persoalan tentang Syiah adalah menyangkut masalah akidah yang wajib dijaga oleh setiap muslim agar sedikitpun tidak tercemar, maka saya mengajak semua umat Islam samada yang pro atau kontra agar benar-benar memperbincangkannya secara jujur dan ilmiah agar objektif untuk memperkukuhkan akidah kita dapat kita capai, dan apa sahaja kekeliruan yang timbul daripadanya dapat difahami bersama.


Untuk mencapai tuntutan ini, biarlah saya mulakan dahulu perbincangannya berdasarkan maklumat-maklumat yang saya selidiki sebelum ini agar ia dapat disambut oleh kaum muslimin yang lain dengan respon-respon yang jujur, sopan, bertanggungjawab, tepat dan ilmiah. Bukan dengan respon-respon yang emosional, dangkal dan tidak berasas.

Kelahiran Syiah. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba’ seorang Yahudi dari San’a’ Yaman yang berpura-pura memeluk Islam untuk melemahkan kekuatan Islam dari dalam setelah usaha mengalahkan Islam dari luar tidak pernah menemui kejayaan. Usaha tesebut bermula dengan gerakan menentang Khalifah Utsman bin Affan r.a. melalui percubaan menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang baru dikuasai Islam. Akhirnya hasil daripada usaha yang hebat dilancarkan itu, sahabat agung yang disunting oleh Rasulullah s.a.w. sebagai menantu kepada dua orang puteri kesayangan baginda, telah syahid di dalam rumahnya sendiri sehingga darah beliau membasahi mushaf al-Quran yang sedang dibacanya. Berkenaan dengan kedudukan dan kemuliaan beliau baginda s.a.w. pernah memberikan jaminan kepada beliau lantaran jasa dan sumbangannya yang agung melalui curahan harta benda beliau yang tak terhitung melalui sabda baginda;

“Selepas hari ini tiada lagi amalan boleh merosakkan Uthman.”(Ahmad-Tirmidzi).

Selepas tragedi hitam tersebut, pedang-pedang umat Islam tidak lagi terhunus ke arah musuh, sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri di medan perang saudara untuk sekian lama.

Kewujudan Ibnu Saba’ walaupun cuba dinafikan, telah didedah serta diakui oleh golongan Syiah sendiri. At-Thusi sendiri misalnya, seorang tokoh ulama' mutaqaddimin Syi’ah, yang dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menulis di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syi’ah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi’;

Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba’ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali a.s. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya’ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w. sepeninggalan Baginda s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syi’ah mengatakan punca ajaran Syi’ah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. (Rijal Kasyi Hal: 108)

Di antara tokoh-tokoh Syi’ah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syi’ah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitabul al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh ulama' muta’akhir Syi’ah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Nahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.

Di kalangan tokoh-tokoh Ahli Sunnah pula yang menyebut tentang ajaran Ibnu Saba’ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal:50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal: 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal: 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal: 11), at-Tabari dalam “Tarikh al-Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 Hal: 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal: 289) dan lain-lain.

Ajaran Syi’ah, jika diteliti dari segenap aspek, merupakan sebuah ajaran yang telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih atau dijadikan sebagai agama alternatif kepada agama Islam. Segala-galanya disusun dengan perencanaan rapi sehingga umat Islam yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam akan selesa meneguknya sebagai ajaran Islam yang sebenar.Di antara ajaran-ajaran Syiah dan implikasi penerimaannya ke dalam masyarakat Islam ialah;

1 Aqidah ajaran Syiah dan implikasinya: Ajaran Syi'ah Menggalakkan aqidah-aqidah Syirik yang jelas dengan;

1) Mengangkat kedudukan dan kekuasaan para Imam menyamai keagungan Allah s.w.t.

2)Menganggap sesetengah ilmu tersembunyi daripada pengetahuan Allah s.w.t. melalui Aqidah al-Bada’

3) Mendakwa kandungan al-Qur'an yang berada di tangan umat Islam hari ini telah ditokok tambah melalui Aqidah Tahrif aL-Qur'an

4) Melalui Aqidah Imamah dan Walayah mereka mempercayai bahawa Imam-Imam dua belas dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah Ma’sum serta wajib ditaati,

5) Berdasarkan aqidah Takfir Sahabat, mereka percaya bahawa kebanyakkan para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi s.a.w. kecuali tiga atau empat orang sahaja daripada kalangan mereka.

6)Dengan aqidah ar-Raj'ah pula, mereka percaya bahawa para Imam akan dibangkitkan semula ke dunia ini sebelum Qiamat kononnya untuk menuntut bela dan menghukum perampas hak-hak mereka

2 Syariat ajaran Syiah dan implikasinya:

1) Meremehkan syariat Islam dengan menganggap bahawa pelaksanannya tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam.

2) Mengadakan syariat-syariat baru dalam bentuk bid'ah yang melampau seperti syariat cintakan ahlulbait, menziarahi kubur para Imam, menangisi dan meratapi kematian mereka, mewajibkan khumus di atas nama Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding tanah suci Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan lain-lain lagi.

3) Menggalakkan persundalan melalui syariat Mut'ah yang tidak memerlukan saksi, wali, pengisytiharan dan bayaran yang besar. Boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja tanpa had masa dan bilangan pasangan, termasuk isteri orang, kanak-kanak bawah umur, perempuan Yahudi, Kristian, Majusi malah pelacur sekalipun sebanyak manapun yang dikehendakinya. Malah mereka juga mengharuskan menyewa dan mengahadiahkan farajdan membenarkan amalan sodomi.

3. Akhlak ajaran Syiah dan implikasinya.

1) Menghina para Rasul dengan cara yang biadap dengan menganggap darjat para Imam mengatasi para rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

2) Menghina dan mencaci Isteri-Isteri Nabi s.a.w. selaku ibu-ibu sekelian orang-orang yang beriman.

3) Menghina dan melaknat para sahabat yang agung

4)Menggalakkan amalan berbohong iaitu Taqiyyah atas nama agama.


4 Implikasi ajaran Syiah kepada ummat.

1) Memecahbelahkan perpaduan ummah dengan menyemai bibit-bibit kebencian terhadap Ahli Sunnah dengan menganggap mereka sebagai lebih kafir daripada iblis, anak zina, najis, lebih hina daripada anjing, halal harta mereka sementara sembelihan mereka tidak halal.

2) Menggalakkan amalan-amalan Bid'ah, Khurafat dan Tahyul seperti menganggap Kufah adalah Tanah Haram, manakala Karbala adalah tanah suci

3) Merayakan hari kebesaran orang-orang Majusi dan menganggap mandi pada hari itu adalah sunat.

4)Mengadakan upacara perkabungan pada tarikh sepuluh Muharram dengan melakukan bermacam-macam bid'ah, khurafat dan kekufuran.

5)Menyemarakkan keganasan dan mengundang bencana kemanusiaan di kalangan umat dengan mengharuskan pembunuhan Ahlu Sunnah

6)Menggambarkan Imam Mahdi sebagai manusia yang dahagakan darah

7)Memusnahkan Imej Islam dengan mengadakan upacara-upacara ritual yang ekstrim seperti yang diadakan pada Sepuluh Muharram yang tak ubah seperti upacara-upacara keugamaan Hindu pada hari Thaipusam, Taoisme, masyarakat primitif di pedalaman Afrika dan seumpamanya.

8) Mengagung dan mendewa-dewakan pembunuh Saidina ‘Umar yang beragama Majusi iaitu Abu Lu’luah dengan menyambut hari pembunuhan tersebut dengan perayaan yang khusus. Mereka menggelarkan Abu Lu’luah dengan Baba Syuja’uddin sebagai menghargai keberaniannya.


5. Implikasi ajaran Syiah kepada negara.

Mempelopori gerakan menentang ketua negara yang adil dan sah dengan mencetuskan keadaan panik, huru-hara dan rusuhan di dalam kerajaan hasil daripada fitnah yang dicetuskan seperti yang dilakukan kepada pemerintahan Khalifah Uthman r.a. oleh Gerakan Ibnu Saba'.

1) Mencetuskan konflik dalaman sehingga mengheret kepada peperangan saudara seperti yang berlaku pada peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya.

2) Merupakan gunting dalam lipatan yang memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam yang lalu dengan menyokong dari belakang atau membuka jalan kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang.

3)Bertindak kejam kepada pejuang Ahlu Sunnah khususnya di kalangan ulama' mereka sekiranya mereka berkuasa atau memerintah negara

4) Menafikan kewujudan sesebuah kerajaan Islam sebelum turunnya Imam Mahdi dengan menganggap bahawa sesebuah kerajaan Islam yang ditegakkan itu tidak sah walaupun penegaknya berada di atas jalan yang benar, menerusi teori `Walayatul Faqih’ yang merupakan kuasa ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan Syariat.


Kesimpulannya, apalah lagi yang tinggal pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda yang mulia setelah ajaran Syi’ah yang sebegini rupa dianggap sebagai ajaran Islam?.Malangnya dalam menilai Syiah hari ini, kita sering meletakkan persoalan akidah yang wajib diletakkan paling utama berbanding persoalan yang lain, di belakang apa yang kita dakwakan sebagai perpaduan Islam, sedangkan melalui fakta-fakta di atas, ajaran Syiah telah terlencong amat jauh meninggalkan ajaran murni Islam malah dalam masa yang sama memusuhi serta ingin menghancurkan Islam. Ada juga di antara kita yang mendakwa mereka tetap dikira Islam kerana mengucap 2 kalimah syahadah, sedangkan jumlah syahadah Syiah bukannya 2, tetapi mereka menambahnya sehingga kepada 14, iaitu tambahan syahadah kepada 12 Imam mereka. Malah tambahan ini boleh didengari dengan jelas di dalam azan mereka apabila syahadah tersebut menjadi 3 setelah ditambah Ali r.a., bukannya 2.


Ada juga yang mendakwa bahawa ajaran ini dibawakan oleh keturunan Rasulullah s.a.w., sedangkan para Imam yang terdiri daripada anak cucu Rasulullah s.a.w. yang diwar-warkan sebagai Imam ajaran mereka tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-ajaran yang diperkenalkan di atas nama mereka itu. Malah para Imam itu sendiripun sebenarnya telah mengetahui sikap-sikap hipokrit golongan yang mendakwa sebagai Syi’ah atau pendokong setia mereka itu. Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah mendedahkan sikap talam dua muka golongan Syi’ah dengan berkata;

“Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syi’ah.” (Rijal Kasyi, Hal: 299).

Lebih menyedihkan lagi ada juga yang mengatakan Syiah sekarang ini (Imamiyyah Itsna Asyariayyah) yang dijadikan sebagai agama rasmi Republik Iran bukannya Syiah yang sesat. Jadi, berdasarkan fakta-fakta di atas adakah wujud suatu percanggahan di antara Syi’ah yang dipropagandakan tersebut, dengan Syi’ah yang digelar oleh ulama'-ulama' Islam dahulu sebagai Syi’ah Ghulat yang telah mereka hukumkan terkeluar dari Islam?. Dan jika mereka menggangap bahawa masih wujud golongan yang tidak sesat di dalam Syiah, ketahuilah bahawa Syiah tersebut yang dikenali sebagai Syiah Zaidiyyah yang turut digelar sebagai Syiah Mufaddholah atau Tafdhiliyyah sudah tidak wujud lagi di dalam dunia Islam.

Ada juga di antara mereka yang mengungkit gerakan Taqrib yang diusahakan oleh al-Azhar sebagai justifikasi untuk tidak mudah menolak Syiah. Untuk mengetahui samada usaha penyatuan yang diperkenalkan melalui majlis at-Taqrib disambut dengan jujur oleh golongan Syiah dan adakah objektifnya dicapai, dengari keluhan-keluhan daripada ulama’-ulama’ Sunnah yang terlibat di dalam usaha Taqrib tersebut;

1. Dr. Muhammad Bahi, salah seorang pendukung gerakan “Dar Taqrib”, setelah menyedari ketidakjujuran Syiah dalam usaha tersebut, beliau mengatakan dalam bukunya Pemikiran Islam dan Masyarakat Modern hal 439, bahawa gerakan tersebut lebih ditujukan kepada menyerapkan kembali pemahaman Syiah tentang fiqh, ushul dan tafsir dan tidak menuju kepada apa yang diseru oleh al-Qur’an.

2. Syeikh Muhammad Arafah, salah satu anggota Majlis Ulama Besar di al-Azhar dan juga Syeikh Muhammad Thoha Sakit, keduanya meninggalkan Daar At Taqrib, setelah mengetahui bahwa tujuannya adalah untuk menyebarkan faham Syiah di kalangan sunni dan bukannya pendekatan. Hal ini disebutkan oleh pentahqiq buku Al Khutut Al Aridhoh.

3. Syeikh Ali Thonthowi dalam bukunya Dzikriyat 7/132, beliau menyebutkan bahawa ketika beliau mengunjungi Syeikh al-Qummi, ulama’ dari Iran yang ikut serta dalam Dar Taqrib, beliau melepaskan geramnya dengan memarahi al-Qummi yang pada hakikatnya telah berusaha menyebarkan mazhab Syiah, bukannya berusaha untuk mengadakan pendekatan. Ketika itu Syeikh Muhammad Arafah turut berada di situ dan telah berusaha meredakan suasana.

4. Muhammad Rasyid Ridho penulis Kitab Tafsir Al Manar, telah berusaha dengan saling mengutuskan surat dengan ulama’ Syiah, namun beliau hanya mendapati sikap keras kepala golongan tersebut untuk tetap berpegang dengan mazhab mereka, merendah-rendahkan para sahabat dan penjaga as-Sunnah dan berusaha menerangkan hakikat mazhab Syiah..... (majalah Al Manar jilid 31 hal 291)

5. Dr. Musthofa as-Sibai, beliau adalah salah seorang pemerhati usaha pendekatan antara Sunni dan Syiah yang juga menjawat jawatan seorang pensyarah di kuliah Fiqh Syiah, fakulti Syariah di Syria. Namun apa yang dapat beliau simpulkan hanyalah terpaksa berputus arang dengan ulama Syiah, pengalaman ini beliau ungkapkan dalam bukunya Sunnah Wakanatuha Fii Tasyri’il Islami hal 4. Beliau mendedahkan bahawa maksud dari pendekatan itu adalah mendekatkan Sunni kepada Syiah, hal 9.

6. Dr. Abdful Mun’im an Namir Mantan menteri Wakaf Mesir menyebutkan dalam bukunya “Syiah, Al Mahdi, Ad Duruz” tentang pertemuannya dengan Syeikh Syeikhri salah satu ulama’ Iran dan diskusi beliau bersamanya di Oman tahun 1988. Beliau menjelaskan bahwa orang Syiah diminta untuk berlepas diri dari tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepada mereka dan memperingatkan supaya menghentikan usaha mencetak kitab-kitab induk yang menyebarkan pemahaman ini. Malangnya permintaan beliau tidak mendapat sambutan.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, cubalah baca tulisan Dr. Nashir Qifari yang bertajuk “Problematika Pendekatan Antara Sunni dan Syiah”. Dan untuk mengetahui bahawa adakah Sunnah dan Syiah boleh bersatu, bacalah tulisan Allamah Muhibuddin al-Khotib yang bertajuk, Mungkinkah Sunnah Dan Syiah Bersatu. Lagipun mengapa tidak kita temui usaha penerapan secara praktikal dan serius kepada pendekatan tersebut dianjurkan di Iran yang merupakan negara Syiah yang memiliki kuasa pemerintahan yang mutlak?. Lebih menghairankan lagi mengapa tidak dibenarkan sebuah masjid Sunnipun didirikan di ibu kota Tehran? Dan apakan alasannya kaum Sunni di Iran tidak diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti agamanya yang bertentangan dengan Syiah?. Lebih menyedihkan lagi, mengapa kaum Sunni tidak memperoleh hak politik yang sama dibandingkan dengan kaum Yahudi Iran yang lebih diberikan keistimewaan dan kedudukan di Parlimen.

Sikap double standard sesetengah kita juga amat dikesali apabila sering mengangkat Iran dan Hizbullah sebagai hero yang amat berani menentang Amerika dan Israel. Sedangkan pada hakikatnya mereka hanya berkonfrontasi di pentas dunia, sedangkan yang dilanyak adalah umat Islam Sunni di bumi Afghanistan, Iraq dan Palestin. Malah golongan Syiah juga menjadi duri dalam daging dalam mengganggu kelahiran sebuah Negara Islam seperti di Afghanistan dan menangguk di air keruh apabila mengambil peluang daripada ketidakstabilan politik di Iraq dengan menyembelih ulama'-ulama' dan masyarakat awam Ahlu Sunnah.

Dalam mengangkat Iran dan Hizbullah pula mereka seolah-olah lupa bahawa pejuang-pejuang sebenar yang dihantar sebagai Mujahidin di Afghanistan, Iraq, Palestin, Chechnya, Kosovo dan Kashmir adalah pejuang sunnah Ikhwanul Muslimin. Malah dalam kes Iraq pula dengan senangnya golongan Syiah yang diketuai oleh Ahmad Syalabi menjemput Amerika untuk melanda Iraq dengan dibantu oleh penduduk Syiah Iraq dengan membuka pintu Basrah yang bersempadanan dengan Iran dan mengalu-alukan kehadhiran tentera Amerika. Dan akhirnya dengan senang juga Amerika menghadiahkan Iraq kepada kerajaan Syiah yang diketuai oleh Nuri al-Maliki si Syiah yang disokong penuh oleh Iran dengan ikrar Tehran untuk berdiri teguh dibelakang kerajaan baru Iraq itu.

Thursday, April 21, 2011

KRISIS EKONOMI YANG MENGERIKAN ABAD KE 21 (GREAT DEPRISION 2019)

Adakah anda sudah bersedia dengan krisis ekonomi abad ke-21? Sekiranya anda perasan dan perhatikan dengan situasi ekonomi pada hari ini pada bursa-bursa saham di Malaysia amnya dan bursa saham Wall Street khususnya…ianya adalah sangat mengerikan. Ditambah pula dengan kejatuhan Dollar Amerika yang semakin merudum..Dalam masa setengah tahun kadar tukaran asing Dollar dari Ogos 2010 adalah 1 USD = RM 3.5 kepada 1 USD = RM3.01 sehingga 13 April 2011.. Kemerosotannya hampir mencapaii 20 peratus.





Kejatuhan nilai ekonomi Amerika adalah disebabkan krisis subprima motgage oleh Syarikat Lehman of Brothers..Syarikat ini bangkrup secara total pada tahun 2008 yang mengakibatkan berjangkit dengan syrikat-syarikat lain. Apa yang membimbangkan lebih hampir 90% negara-negara di dunia ini mengikat duit negara masing-masing dengan USD Dollar, termasuk Malaysia…Oleh itu apa akan terjadi sekiranya duit mereka jatuh? Bank-bank pusat negara masing-masing akan mengalami kerugian yang besar dan akan menanggung hutang yang lebih tinggi. Adakah semua ini dirancang atau berlaku secara kebetulan? Sama-sama lah kita lihat nanti.

Namun sebaliknya pula berlaku pada kenaikan harga emas yang drastik dari tahun ke tahun..Untuk makluman anda, duit Dollar sebenarnya disandarkan kepada emas. Sekiranya harga emas meningkat bermakna duit Dollar akan jatuh…sebaliknya pula akan berlaku. Harga emas telah meningkat 27%-37% setahun…ini menjadikan duit Dollar USD pula akan menyusut sama. yang hampir kepada 50% setahun..Petikan dari sebuah akhbar KOSMO 14 April 2011



Lonjakan harga emas

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.



Menurut kajian yang telah dibuat oleh Alan Oliver. Seorang pakar ekonomi dari Australia dalam sebuah bukunya yang bertajuk Fibonaci and Golden Harmonic Ratio. Beliau adalah penulis dan pelabur professional seperti Warren Buffet. Memulakan kariernya pada 1989 dan pernah bekerja dengan dua bank utama Australia iaitu Westpac dan ANZ. Setelah kajian yang dibuat oleh W. D.Gann, beliau telah mula mengkaji semula teori W.D.Gann ini pada bursa saham Australia dan Wall Street. Teori yang sedia ada dalam istilah ekonomi iaitu putaran ekonomi adalah sangat relevan. Apakah itu putaran ekonomi? Iaitu kitaran ekonomi daripada jatuh akan bangun semula dan akan akan jatuh balik. Begitulah seterusnya. Ibaratnya adalah seperti tayar. Setelah kajian di buat, menggunakan teori nombor 144 dan nombor 90. Nombor 144 adalah nombor Fibonacci iaitu satu siri nombor matematik dan nisbah yang digunakan untuk mereka bentuk dalam bidang kejuruteraan. Dan yang pasti teori nombor 144 dalam dan nombor 90 digunakan juga dalam pasaran saham serta ekonomi.

Dengan menggunakan teori ini, 50% peraturan ini adalah merupakan faktor utama. Separuh atau setengah urusniaga saham di antara yang tertinggi dan terendah boleh mengubah pasaran saham. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Seperti yang telah kita sedia maklum, kemelesatan ekonomi dunia pernah berlaku yang paling teruk tahun 1929. Seterusnya kemelesetan tersebut menjadi pemacu utama tercetusnya perang dunia kedua (WWR 2). Berbalik kepada teori, ini sekiranya kita menambah 90 tahun…hasilnya adalah tahun 2019..Oleh itu persamaan sebaliknya, 90 tahun kebelakang 1929 adalah tahun kemelesetan ekonomi tahun 1840.

Jika menggunakan teori nombor 144 bulan (12 tahun) sebelum 2019, kita dapati tahun 2007 telah berlaku krisis ekonomi dunia. Krisis ekonomi Global telah bermula sehingga lah ke hari ini dan belum nampak tanda-tanda dia nak berhenti berjoget.

Sekiranya kita menerima 50% teori ini dari garis masa 1929 hingga 2019, maka 50% daripada teori 90 tahun menjadi 45 tahun maka ia bersamaan dengan 1974 (1929+45=1974). Pada tahun 1974 dunia sekali lagi telah mengalami krisis ekonomi (minor financial distress), dimana bank-bank di Eropah gagal menguruskan ekonomi dengan baik akibat kejatuhan harga hartanah secara drastic. 90 bulan sebelum kemelesetan ekonomi (Great Depression 2019) sebagai asas persamaan. Ini menjadikan suku pertama tahun 2012 berkemungkinan berlakunya krisis ekonomi (minor crisis financial distress).


Sekiranya ia berlaku, jika di kira kebelakang, akan jatuh pada tarikh September 2001 (Plus Minus@hampir 2012-12=2000 ). Dimana berlakunya trajedi 11 september 2001, (WTC New York di serang). Jika berlakunya keadaan ini, maka THE GREAT DEPRESSION 2019 menjadi bala buat semua umat manusia. Mungkin lebih awal atau lewat iaitu antara 2018 dan 2020.







Berikut adalah antara keratan akhbar yang mengerikan yang perlu di beri perhatian:

Kesan krisis ekonomi global tiga bulan lagi
2011/04/19-berita harian

KESAN krisis ekonomi global terhadap pertumbuhan perdagangan Malaysia hanya akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, berdasarkan angka pertumbuhan perdagangan menggalakkan dalam tempoh dua bulan pertama 2011, Malaysia masih mampu menghadapi tekanan krisis ekonomi global akibat pergolakan politik di Asia Barat dan Afrika Utara, bencana alam dan krisis nuklear di Jepun.
“Ini adalah tahun mencabar bagi Malaysia mengekalkan pertumbuhan perdagangan berbanding tahun sebelumnya disebabkan pelbagai krisis ekonomi yang melanda dunia,” katanya selepas perhimpunan bulanan MITI, di Kuala Lumpur, semalam.



Ekspo Pelabur 2010
Oleh Zainal Abidin Nor


<i>KUALA LUMPUR: Seorang penasihat ekonomi dan pelaburan tempatan mengingatkan dua elemen penting yang memberi petunjuk bahawa sesebuah ekonomi itu sedang menuju kehancuran.
"Dua elemen itu ialah Defisit Belanjawan dan Defisit Akaun Semasa," kata Tan Teng Boo, pengarah urusan Capital Dynamics Sdn Bhd pada Ekspo Pelabur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Malaysia’s Economy: Sunrise or Sunset?", beliau berkata, "malangnya dua elemen ini menimpa ekonomi Malaysia dewasa ini."
Sejak 14 tahun lalu, ekonomi negara beroperasi dalam defisit belanjawan dan tidak nampak tanda-tanda keadaan ini akan berubah dan sukar untuk meramalkan masa depan yang lebih baik.
Untuk menampung perbelanjaan negara, kerajaan bergantung kuat kepada dividen Petronas walaupun hasil pendapatan dan keuntungan syarikat milik kerajaan itu merudum tahun lalu akibat kejatuhan harga minyak mentah sebanyak 20%.
Bayaran dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun ini iaitu sama jumlahnya tahun 2009 adalah tinggi kerana keuntungan bersih Petronas telah jatuh kepada RM40.3 bilion pada 2009 berbanding RM52.5 bilion tahun sebelumnya.
Ini bermakna nisbah bayaran – bayaran dividen dari untung bersih – telah mencecah 74% pada 2010 berbanding 57% tahun lalu.
Defisit akaun semasa semakin lebar
Mengenai "Defisit Akaun Semasa", menurut Tan, ianya berlaku apabila jumlah nilai yang diimpot melebihi nilai eksport dan elemen ini juga membimbangkan kita.
"Apabila mengimport pesawat (kapal terbang) bermakna kita membuat perbelanjaan yang tinggi, wang mengalir keluar dan menambah beban defisit akaun semasa.
"Tetapi seorang menteri menyatakan jangan bimbang kerana pembelian itu adalah untuk jangka panjang," ujar beliau.
Trend pelaburan langsung asing (FDI) juga amat merunsingkan kerana telah menjunam teruk sejak 2007 berbanding India, China, Vietnam malah Indonesia yang mampu menarik pelaburan asing dengan pertumbuhan yang lebih tinggi.


MAS sasar kurangkan kos-17April 2011 Utusan

SEPANG 14 April - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) yang menerima penghantaran pesawat A330-300 hari ini, menjangka kosnya akan turun 15 peratus menjelang 2015 berikutan program pembaharuan kumpulan pesawatnya.
Pengarah Urusannya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, pesawat A330-300 akan membantu MAS mengurangkan penggunaan minyak dan kos penyelenggarannya.
"Kami akan mengekalkan 25 peratus daripada minyak kami dilindung nilai pada AS$88 satu tong tahun ini," katanya selepas pelancaran penerbangan pesawat A330-300 oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, di sini hari ini.


Inflasi China tertinggi 32 bulan-Utusan Malaysia 15/4/2011

BEIJING 15 April - China berkata ekonomi negara itu berkembang kukuh tetapi perlahan pada suku pertama 2011, dengan inflasi melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 32 bulan di sebalik usaha dilakukan untuk mengawal kenaikan harga makanan dan hartanah.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi kedua terbesar dunia meningkat sebanyak 9.7 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini, kata Biro Perangkaan Kebangsaan berbanding 9.5 yang diunjurkan Dow Jones Newswires.
Ekonomi negara komunis itu tumbuh 9.8 peratus pada suku terakhir 2010 dan 10.3 peratus pada keseluruhan tahun lalu.
''Ekonomi negara mengekalkan pembangunan stabil dan pantas serta mempunyai permulaan baik (bagi tahun ini),'' kata jurucakap NBS, Sheng Laiyun


Pelabur Asia lepaskan pegangan-berita harian 18/11/2010
2010/11/18


PASARAN saham di Asia semalam surut dengan pelabur melepaskan pegangan susulan kebimbangan krisis hutang Eropah yang semakin parah dan jangkaan China menaikkan lagi kadar faedah bagi menjinakkan inflasi.

Sentimen menunjukkan pelabur berhati-hati kerana mesyuarat menteri kewangan Eropah berakhir tanpa sebarang persetujuan untuk menyelamatkan krisis hutang Ireland. Pegawai Kesatuan Eropah berkata, mereka sudah meningkatkan persediaan bagi potensi menyokong masalah sektor perbankan republik itu. Spekulasi di China yang ia akan mengambil lebih banyak langkah bagi mengawal ekonominya selepas inflasi mencecah paras tertinggi 25-bulan Ok-tober lalu, dijangka akan turut mempengaruhi pasaran di Asia.

Indeks Nikkei 225 rugi 0.5 peratus kepada 9,746.09 dan Indeks Komposit Shanghai jatuh 1.3 peratus kepada 2,856.15.

Indeks Hang Seng pula jatuh 0.6 peratus kepada 23,544.79, manakala di Australia, ASX/S&P 200 susut 1.4 peratus kepada 4,633.60, tetapi Kospi Korea Selatan menokok sedikit kurang 0.1 peratus kepada 1,900.14.

Pasaran lain, Taiwan dan New Zealand juga jatuh. Pasaran saham Singapura dan Malaysia ditutup sempena Aidiladha.
Kebimbangan Ireland tidak berkemampuan membayar kos hutang menyelamatkan banknya memburukkan lagi krisis hutang Eropah.

Pasaran menolak naik kos pinjaman bagi sesetengah negara seperti Portugal dan Sepanyol dan mengancam kestabilan matawang euro. – AP



Isu pemulihan ekonomi dominasi siding-Berita harian-(3/6/2010)


MENTERI kewangan negara ekonomi utama dunia akan bertemu di Korea Selatan minggu ini untuk cuba mengekalkan pemulihan ekonomi global yang menerima ancaman krisis hutang zon mata wang euro.

Menteri dan ketua bank pusat dari 20 negara (G20) akan meneliti keadaan ekonomi dunia dan berbincang mengenai kaedah untuk mencapai pertumbuhan mapan dan seimbang. Menteri Kewangan Korea Selatan, Yoon Jeung-Hyun, berkata mesyuarat itu akan mempertimbangkan pembaharuan kawal selia untuk mengelakkan berulangnya kemelesetan yang berlaku pada 208-2009 dan membincangkan mengenai kedudukan kewangansetiapnegara.

Katanya, mesyuarat juga akan menekankan keperluan kerjasama global dalam melaksanakan strategi berhubung masa yang sesuai untuk menghentikan langkah rangsangan.

Mesyuarat yang akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini di selatan bandar raya Busan, itu juga akan membuat persediaan untuk sidang kemuncak G20 yang akan berlangsung di Toronto, Kanada pada 26 hingga 27 Jun ini.

Pertemuan menteri ekonomi berkenaan dibayangi krisis hutang negara Eropah, yang menjejaskan pasaran saham dunia dan pasaran kewangan hingga menyebabkan mata wang euro menjunam.
G20 adalah forum ekonomi global negara anggota yang merangkumi 90 peratus dari segi jumlah keluaran dalam negara kasar dan 80 peratus.



Rata-rata dunia sekarang sedang menghadapi kadar inflasi yang tinggi dan semakin meningkat.





Apakah yang anda faham tentang inflasi? Inflasi akan menyebabkan nilai harga barangan semakin meningkat. Dalam teori ekonomi, apabila inflasi meningkat, kadar faedah faedah untuk membuat pinjaman juga meningkat. Pada hari ini, kadar inflasi di Malaysia telah mencecah 3.25%...dalam tempoh suku tahun..2011..di jangkakan kadar ini akan terus meningkat pada suku tahun-tahun yang berikutnya.Pemacu utama peningkatan inflasi ini adalah kenaikan harga minyak mentah (Petroluem)..dan di jangkakan harga minyak akan terus meningkat ekoran krisis di Asia Timur Tengah yang semakin bergolak. Bermula dengan Tunisia, Mesir, Libya dan sekarang Yamen… dan akan berlarutan lagi akan berlaku pada Syria dan Iran.




Tambahan pula, negara-negara dunia sekarang di bebani dengan kadar hutang yang sangat tinggi, termasuk USA (United States of America)..Dengan sipakah mereka ini berhutang…mereka berhutang dengan IMF..Bank dunia…Helah bank dunia ini sangat licik. Bank ini berselindung di sebalik kebaikan memberi kemudahan kepada negara-negara yang memerlukan. Pada hal pada masa yang sama, lebih teruk lagi, mereka adalah memberi racun tanpa di sedari..Krisis ekonomi1997 yang melanda Asia Tenggara termasuk Malaysia telah menyaksikan bahawa kita hampir-hampir di tipu dan diperdaya oleh ini. Malaysia bernasib baik kerana tidak mengambil pakej yang ditawarkan oleh IMF.




Oleh itu apakah persiapan kita menghadapi bencana ini. Adakah kita sudah bersedia? Pada pendapat aku sebelum atau setelah berlakunya krisis ini, system kapitalis ekonomi dunia akan runtuh dan tidak akan naik lagi sistem kapitalis. Ini kerana dunia sedang mengalami perubahan yang amat ketara. Mengapakah tidak akan naik semula atau ekonomi pulih semula? Kerana berlaku banyak bencana alam dan permulaan peperangan di timur tengah. Di jangkakan peperangan ini yang menjadi pemacu perang dunia ketiga (WWR 3). Bencana alam ini pula adalah disebabkan oleh teknologi Dajjal iaitu HAARP (High Frequancy Active Aurora Research Programme). Seperti yang telah saya postkan pada artikel dahulu akan bahayanya teknologi ini. Tahun 2012 adalah tahun yang akan siap sepenuhnya kajian dan infrastruktur senjata ini dan akan digunakan sepenuhnya bagi menimbulkan huru-hara.

Cuba anda perhatikan statistic di bawah..




Kesan puting beliung(Tornado Di USA


Cyclone(Tornado) Di kepulauan Hawaii,USA



Berdasarkan report tersebut, kadar bencana alam yang berlaku telah meningkat dengan mendadak ke arah abad 21. Data tersebut belum di kira dengan tahun selepasnya seperti yang terbaru bencana puting beliung (USA, Mexico), banjir (China, Pakistan, Australia, Indonesia, Malaysia, Thailand, gempa bumi (China, New Zealand, Haiti, Jepun, Myanmar, Indonesia, Chile), Tsunami (Jepun, Indonesia)…cuba anda renungkan sepenuhnya akan kejadian ini..Dan di Malaysia pada hari ini, kita menyaksikan bulan yang sepatutnya ada musim panas atau kemarau tiba-tiba hujan dan guruh yang berterusan. Kita sedia maklum, tumbuhan pertanian memerlukan cuaca panas matahari yang cukup dan hujan yang cukup. Sekiranya tumbuhan tersebut terlebih hujan dan dan dan kurang matahari, sudah tentu pertumbuhannya terbantut atau kurang mengeluarkan hasil..belum dikira lagi dengan kemusnahan bencana alam..Situasi inilah yang akan menyebabkan berlakunya krisis makanan...sekilas fakta dari keratan akhbar

Kementerian Pertanian beri bantuan segera kepada petani di Kedah, Perlis-HarianMetro 6/11/2010
ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM26 juta kepada petani yang sawah padi mereka rosak dalam kejadian banjir di Kedah dan Perlis sejak 1 November lalu.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata pihaknya amat prihatin dengan nasib yang menimpa mereka dan akan memberi bantuan awal agar dapat meringankan beban golongan itu yang mengalami kerugian apabila sawah mereka rosak akibat bencana banjir besar yang melanda kedua-dua negeri itu.
“Pihak kementerian akan memberi input-input pertanian seperti benih padi, baja dan lain-lain yang diperlukan petani untuk membuat tanam semula setelah sawah padi mereka ditenggelami banjir
.


Inilah menimbulkan persoalan aku ? Adakah benar ini senjata HAARP telah mula di janakan tanpa henti untuk mengubah iklim dunia?..dari sudut agama memang benar ini bencana alam adalah kuasa Allah, tetapi perlu di ingat Allah juga akan memberi ilmu kepada Dajjal dengan izinnya untuk menyesatkan manusia..


Jadi seterusnya apakah yang akan berlaku….krisis bencana alam ini akan mengundang berlakunya krisis makan yang sangat teruk..bencana alam boleh merosakkan tanaman dan haiwan ternakan dengan sekaligus tanpa simpati dan tertangguh-tangguh.. Secara logiknya adakah boleh melakukan aktiviti pertanian akibat bencana alam? Lebih –lebih lagi dengan bencana gempa bumi.Berikut adalah petikan dari akhbar Berita Harian tentang krisis makanan…



Peningkatan Harga Makanan Dunia

Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini memberi amaran harga makanan dunia yang melambung tinggi boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan dan mencetuskan peperangan.

Pengarah Urusan IMF, Dominique Strauss-Kahn menggambarkan kenaikan harga makanan yang mencetuskan rusuhan di Haiti, Mesir dan negara lain sebagai masalah yang "amat serius."

"Dunia mesti menangani masalah ini," katanya di radio Perancis, Europe-1.

Beliau menegaskan, masalah tersebut boleh juga mengancam kerajaan demokrasi termasuk di negara yang telah mengambil segala langkah untuk membantu penduduk tempatan.

Ditanya sama ada krisis itu boleh mencetuskan perang, Strauss-Kahn menyatakan kemungkinan tersebut wujud.

"Apabila ketegangan meningkat sehingga bukan setakat mengancam demokrasi, timbul risiko meletusnya perang.

"Sejarah banyak mencatatkan perang yang bermula disebabkan masalah seumpama ini," katanya.

Strauss-Kahn yang dilantik untuk mengetuai IMF tahun lalu pernah menjadi Menteri Kewangan Perancis pada akhir 1990-an.

Sementara itu Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mencadangkan pembentukan perkongsian global di kalangan institusi kewangan, kerajaan dan sektor swasta bagi mengatasi punca-punca kenaikan harga makanan.

Beliau juga berkata, Perancis menggandakan bajet bantuan makanannya pada tahun ini kepada 100 juta euro (RM509 juta) kerana 37 negara menghadapi "krisis makanan serius."

Peningkatan harga makanan juga boleh menyebabkan inflasi. Bencana alam bukan sahaja bolah merosakkan sector pertanian malahan industri lain juga turut sama terlibat..seperti mana yang berlaku pada Jepun sekarang..kebocoran reactor nuclear melumpuhkan sama sekali ekonominya..



Adalah mungkin benar dengan apa yang menjadi kontroversi tentang tahun 2012 dalam kelendar Maya dan filem 2012. Barat mengatakan bahawa dunia akan kiamat.. Tetapi bukan kiamat sebenar yang dimaksudkan tetapi perubahan kepada THE NEW WORLD ORDER. Proses perubahan ini adalah selari dengan zaman kemunculan Dajjal.

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:
Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)


353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia 3

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia 3 yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa


Hakikatnya adakah anda faham dengan fenomena yang berlaku hari ini?..cuba bayangkan, jika kita berhadapan dengan keadaan barang mahal (inflasi tinggi)…hutang yang keliling pinggang (hutang)…tidak bekerja (pengganguran)…sakit (bencana alam)…tak ada makanan ( krisis makanan)…Itulah secara analogi yang akan berlaku pada dunia amnya dan negara khususnya.. Situasi ini samalah seperti orang yang meniup belon…dia meniup belon sehingga paling besar dan kemudian dia akan cucuk dengan jarum dan pecah.. Orang yang meniup itu adalah Dajjal…belon itu adalah hutang dan inflasi…jarum itu adalah bencana alam atau peperangan yang di cetuskan..apabila pecahnya belon itu semua manusia akan menarik nafas sedalam-dalamnya dan jatuh tersungkur..akibat hutang !…Pada masa inilah Dajjal akan mencari mangsanya…sesiapa yang mengikutinya akan selamat dan sesiapa yang tidak mengikutnya akan mati kebuluran…begitulah hebatnya fitnah Dajjal Al-Masih…

Sesungguhnya kita sekarang adalah umat di zaman.akhir. Sebenarnya dengan apa yang berlaku ke atas di dunia dari zaman Nabi Adam hingga umat terakhir Nabi Muhammad adalah merupakan sejarah yang berulang-ulang yang terkandung dalam Al-Quran.. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah benar. Fenomena Krisis Ekonomi Global (Great Depression) ini Allah telah memberi peringatan kepada umat manusia dalam surah Yusuf yang menyuruh kita menyimpan makanan banyak-banyak. Seperti mana firmannya dalam surah Yusuf ayat 43-49:

Raja berkata (kepada para pemuka kaumnya): “Sesesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk, di makan oleh tujuh ekor lembu betina kembali kepada mereka itu, supaya mereka mengetahuinya.”(43)

Yusuf berkata: “Supaya kamu bercucuk tanam tujuh tahun ( lamanya) sebagaimana biasa) maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.(47)

Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit daripada apa (benih gandum) yang kamu simpan.(48)

Kemudian setelah itu akan datang tahun, di mana manusia diberi hujan (dengan cukup) di mana manusia dan pada masa itu mereka memerah anggur.(49
)

Adakah anda faham maksud ayat di atas. Mengikut ayat tersebut akan berlaku krisis ekonomi yang berpanjangan selama tujuh tahun. Tahun sulit yang di maksudkan boleh jadi bencana alam atau peperangan yang berlanjutan. Era perang dunia kedua telah menyaksikan kepada kita bahawa nenek moyang kita hidup dalam kesempitan, ketakutan, kelaparan, kekurangan makanan dan semuanya susah. Sehinggakan makan ubi kayu setiap hari. Tidak ada beras. Wang lambang pokok pisang tidak ada nilai kerana berlaku inflasi yang sangat tinggi. Perang Dunia Ke-dua (WWR2) telah berlangsung selama 6 tahun (1939-1945). Tempohnya hampir sama dengan 7.


Artikel ini sekadar pendapat sahaja. Bukan untuk menakutkan sesiapa. Jangan risau, sesungguhnya islam akan bersinar sebelum kiamat di bawah pimpinan imam mahdi dan Nabi Isa Alaihissalam..Kesimpulanya sebelum islam kembali unggul kita akan di uji dahulu oleh Allah…bukan senang nak masuk syurga…mesti ada ujiannya…ujian inilah yang menunggu kita iaitu krisis ekonomi dan peperangan…berpegang teguh lah pada sunnah Nabi Muhammd dan Allah..seperti mana hadis

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN –HADIS 1 dari 40, Hadis Akhir Zaman.
Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi



Terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak. Tepuk dada tanya iman. Teori yang disebutkan oleh Alan Oliver ini saya terjemahkan semula.Berdoalah semoga kita dijauhkan dari malapetaka ini.