Friday, May 27, 2011

SEMBOYAN PERANG DUNIA KETIGA (WWR3) HAMPIR BERBUNYI

Artikel ini bukan untuk menakutkan anda semua..tetapi terpanggil oleh hati aku untuk supaya memberitahu anda kerana kita umat islam sedang di fitnah yang teruk dan bermimpi bahawa kaabah di mekah runtuh..Aku bukan berdoa untuk mintak terjadinya perang..nauzibillah hi min za lik..aku tak mahu..senario dunia yang berlaku pada hari ini yang semakin huru-hara semakin jelas. Untuk menyedarkan anda semua kita umat manusia khususnya umat islam berada dalam keadaan yang sangat bahaya…fitnah Dajjal semakin berleluasa..

Kalau anda perhatikan dalam media hari ini bermacam-macam telah berlaku baik bencana alam..krisis ekonomi..peperangan..masalah social dan banyak lagi..berpegang teguh lah pada ajaran Nabi Muhammad (Sunnah Wal Jamaah) dan sentiasa mengingati Allah..




Perang dunia ketiga (WWR3) adalah perang nuclear yang telah dirancang oleh anggota elit Freemason dan illuminati..Bermula dengan perang dunia pertama, perang dunia kedua dan perang dunia ketiga..Mungkin juga akan berlaku perang Ammergedon, perang dunia ke empat...umat islam akan di tindas dan dibunuh tanpa belas kasihan…Perancangan Iluminati@freemason adalah menghapuskan dan mengurangkan populasi manusia dan sebagai sembahan ritual darah serta jiwa manusia kepada iblis…


One message that Albert Pike received from his "spirit guide," :
terjemahan:
Perang Dunia Pertama (WWR1):
Agar Illuminati dapat menggulingkan kekuasaan Tzar di Rusia dan merubah negara tersebut menjadi kubu Komunisme-Atheistik. Perselisihan-perselisihan antara Kekaisaran Inggris dan Jerman yang digerakkan oleh para Agentur Illuminati dihidupkan untuk menimbulkan perang ini. Setelah perang selesai, Komunisme dibangun dan digunakan untuk menghancurkan pemerintahan-pemerintahan lainnya serta untuk memperlemah agama-agama.

Perang Dunia Kedua(WWR2):
Dihasut dengan memanfaatkan perselisihan-perselisihan yang terjadi antara Politik Fasis dengan Zionis. Dengan peperangan ini maka ia akan menghancurkan Naziisme dan kekuatan Politik Zionis akan meningkat dan semakin kuat, dengan demikian negara Israel yang berdaulat dapat didirikan di Palestin. Selama berlangsungnya perang dunia kedua, kekuatan Komunisme Internasional dibangunkan sampai kekuatannya sebanding dengan kekuatan umat Kristian. Pada tahap ini ia ditahan serta diawasi sehingga diperlukan dalam pergolakan akhir masyarakat.

Perang Dunia Ketiga (WWR3):
Dihasut dengan memanfaatkan perselisihan-perselisihan antara Politik Zionis dengan Para Pemimpin Dunia Islam yang digerakkan oleh para agentur Illuminati. Peperangan diarahkan sedemikian rupa dengan mengadu-domba Islam dengan Politik Zionis (termasuk Negara Israel) yang akan saling menghancurkan, sementara pada waktu yang bersamaan negara-negara lainnya, dipecah-belah untuk saling bertentangan satu-sama lain dalam masalah ini, mereka akan dipaksa untuk berperang sampai kepada sebuah keadaan keleletihan yang merata baik secara fizikal, mental, spiritual maupun ekonomi.

Dipetik dari: thethreeworldwar.com



ALBERT PIKE

Lambang Freemason


Siapakah Albert Pike? Seorang yang genius. Boleh memahami 16 bahasa .Dia adalah ahli anggota freemason tahap 33 degree. Pangkat tertinggi dalam anggota freemason. Seorang Jeneral Tentera Amerika dari tahun 1859-1891. Kuncu iblis ini telah menulis sebuah buku Masonic Book di kenali sebagai Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Rite of Freemasonry.

Antara lain suratnya (BluePrint) kepada Giuseppi Mazzini bertarikh 15 Ogos 1871...

“The Third World War was planned to result from the different stirred up by Illuminati agents between the Zionist and the arabs. The conflict was planned to spread worldwide. The Illuminati, said latter,’planned to inleash the Nihilists and the Atheist and provokes a formidable social cataclysm which in all its horror will show clearly to be nations the effect of obsolute theism of savagery and the most bloody turmoil”.

“ Hasil perang dunia ketiga telah dirancang oleh agent IIuminati untuk mencetuskan perbezaan antara Zionist dengan Arab.Konflik ini dirancang agar tersebar keseluruh pelusuk dunia. IIluminati dalam surat itu disebut sebagai “rancangan untuk menghapuskan kaum Nihilists dan para Atheis dan mendorong ketidakseimbanagan social sehingga segala bentuk kengerian da ancaman Negara bangsa, punca balas dendam dan huru-hara”.

Sekarang kita telah menyaksikan kawasan timur tengah terjadi huru-hara bermula dengan Tunisia, Mesir, Libya,Yemen dan sekarang Syria..Nampaknya aturan dan perancangan Albert Pike telah menjadi kenyataan.Di Asia Timur berlaku juga ancaman perang Myanmar dan Thailand, Korea Selatan dan Korea Utara.

Banyak karya-karya dan buku dari barat yang menyatakan peperangan Nuklear ini akan terjadi. Antaranya ialah Future Fast-Forward karya Matthias Chang, Why Israel’s Can’t Wait karya Jerome R.Crosi dan The Golem: Israel’s Nuclear Hell Bomb and The Road to Global Armageddon karya Michael Collins Piper. Dan banyak lagi yang di tulis oleh individu yang prihatin dan tahu akan conspiracy Freemason bahawa perang ini semakin hampir meletus.

Sebagai manusia yang normal, cintakan keamanan, kasih-sayang dan segala yang baik dan positif, adakah kita perlu membina atau mencipta dan membeli senjata? Kenapa kita perlu lakukan semua ini? Adakah sebagai perlindungan diri atau untuk menjalankan perniagaan atau memang untuk menumpahkan darah manusia? Perniagaan yang paling menguntungkan di dunia pada hari ini, rangking kedua jatuh kepada penjualan dadah…Rangking PERTAMA adalah PERNIAGAAN SENJATA…

Jet JF35 yang baru dibeli oleh Singapura

Kapal selam nuklear (silent kill), HMS Ambush berteknologi tinggi & digeruni



Berita-berita terkini pada abad ini pembelian senjata oleh Negara-negara pada hari ini semakin rancak. Sekilas fakta dari Akhbar berita harian..

Saudi beli senjata AS$60 bilion


Jumaat, 22 Oktober 2010 13:04
WASHINGTON 22 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran.
Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro berkata, rancangan tersebut membabitkan penjualan 84 buah pesawat pejuang F-15, 70 helikopter tempur Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan.

Penjualan yang turut dilengkapi dengan naik taraf 70 buah pesawat F-15 terpakai, 'tidak akan melebihi jumlah AS$60 bilion', tambahnya ketika pentadbiran Presiden Barack Obama memaklumkan kepada Kongres berhubung rancangan tersebut.
Kongres mempunyai kuasa untuk melulus atau menangguh perjanjian itu dan menurut Saphiro, Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut.
Penghantaran senjata ke Arab Saudi akan dibuat dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun.

"Ia akan memberi mesej tegas kepada negara-negara di rantau itu bahawa kami komited untuk membantu keselamatan rakan penting dan sekutu kami di Teluk Arab dan seluruh Asia Barat," ujar Saphiro.

Walaupun beliau menyatakan penjualan berkenaan 'tidak sepenuhnya berkaitan dengan Iran', Saphiro mengakui sebahagiannya adalah bertujuan membantu Arab Saudi mengatasi ancaman daripada republik Islam bukan Arab itu di Teluk.
Pegawai pertahanan AS berkata, perjanjian itu telah diusahakan sejak beberapa bulan lalu berikutan Arab Saudi, yang semakin bimbang dengan peluru-peluru berpandu milik Iran.

Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu pemberita bulan lalu, 'jika kamu melihat kepada kerajaan (Arab Saudi), ancaman besar yang dihadapi mereka di rantau itu datang dari Iran'.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pakej persenjataan tersebut 'memberikan keupayaan pertahanan untuk mempertahankan negara serta kemampuan pencegahan'.
Pakej pertahanan itu turut menyenaraikan beribu-ribu bom pintar berpandukan laser termasuk peluru berpandu JDAMS, Hellfire dan Sidewinder.



Agak mengerikan, pada hari ini terdapat lebih kurang 300,000 kepala peledak nuclear (Nuclear Warhead) di seluruh dunia. Angka ini amat tinggi. Adakah situasi ini sama seperti mana yang digambarkan dalam cerita Terminator 2 dan Terminator 3? Barat telah mengkaji akan perubahan dunia ini akibat perang nuclear. Akibat perang ini banyak nyawa dan jiwa manusia melayang. Pada masa itu segala peralatan teknologi dan bangunan musnah sama sekali. Hanya yang tinggal saki baki sahaja..Berkemungkinan besar teknologi memang tidak boleh di pakai langsung akibat letusan eletromagnetik bom nuclear dan juga tamatnya system computer alaf mellinium Y2K2038 (the next article).

Pakar pengkaji nuclear,Dr Helen Caldicott, Sebutir bom nuclear yang meletup mampu membunuh dan mencederakan 1 juta manusia serta merta, 2.6 juta lagi akan mati secara perlahan-lahan akibat ancaman radiasi dan 10.5 juta manusia lagi akan terdedah kepada ancaman radiasi..cukup mengerikan…bagaimana kalau 300,000 butir?

Kemungkinan perubahan ini adalah sejajar dengan hadis Rasullulah:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu:-
"Ketika mereka (kaum muslimin) sedang mempersiapkan diri untuk berperang dan meluruskan shaf-shaf, kemudian solat pun didirikan. Maka turunlah Isa bin Maryam alaihis salam. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, maka dia akan meleleh sebagaimana garam meleleh dalam air. Seandainya Nabi Isa membiarkannya, maka ia akan meleleh hingga hancur. Akan tetapi Allah memperlihatkan kepada mereka darah Dajjal di tombaknya."
(HR Muslim dalam Shahihnya : Kitab Al-Fitan Wa Asyrathus Saa'ah)


Darah Dajjal di tombaknye…Kenapa tidak disebut Dajjal tembus perut atau kepalanya kerana peluru…Bermaksud pada pada zaman Dajjal dizahirkan, semua teknologi persenjataan teknologi dan kuasa senjata makenik lupus sama sekali kerana Bom nuclear@HAARP weapon@eletronik magnetic Bomb. Senjata akan makan tuan…Pada masa itu dunia berperang menggunakan pedang, tombak dan panah semula. Back to Ancient. Panjang umur kita akan menyaksikan semua ini…

Dunia pada hari ini mula memerhatikan akan kebenaran ramalan Notradamus, aapabila ramalannya tentang serangan World Trade Center pada 11 September 2001 telah terjadi..Karya nya adalah dalam bentuk puisi atau Quatrin dan lukisan (The Lost Book of Notradamus).

Notradamus

Siapakah Notradamus? Dia adalah seorang berbangsa Yahudi. Datuknya dahulu banyak mengambil naskah-naskah hadis daripada kalangan para sahabat dan ulama zaman Nabi Muhammad dan kemudian diturunkan kepadanya. Seorang pengkaji hadis dan penganut agama Kabbalah (penyembah Lucifer/sihir). Dia menterjemah kajiannya dalam bentuk lukisan dan puisi (The Lost book of Notradamus). Ramalannya hari ini telah menjadi perhatian besar buat ahli-ahli politik, ekonomi dunia. Ramalannya apa yang berlaku di New York seperti lukisannya di bawah.

Lukisan tower yang terbakar

Peristiwa 911 PWTC, New York


Dalam bentuk puisi pula adalah seperti berikut:

Century 1, Quatrain 87
Earth-shaking fire from the center of the earth.
Will cause the towers around the New City to shake,
Two great rocks for a long time will make war,
And then Arethusa (the waterer) will color a new river red.



Ramalannya yang mengerikan satu lagi…berkemungkinan satu fitnah besar kepada umat islam adalah lukisan seperti dibawah..

The Beast of Horror

Lembaran kain itu boleh jadi perubahan memasuki abad baru..bentuk roda/stering kapal boleh jadi masa berlalu begitu pantas..Diperbesarkan gambar pada tangan beast itu adalah seperti gambar pokok..Adakah ia pokok? Perkataan one male..boleh jadi Dajjal @ pemimpin yang kejam..




Dalam puisi pula adalah seperti berikut:

Century 6, Quatrain 97
At forty-five degrees, the sky will burn,
Fire approaches the great new city,
Immediately a huge, scattered flame leaps up
When they want to have verification from the Normans.


45 darjah yang dimaksudkan besar kemungkinan kedudukan Longitud dan Latitud bumi. Bermakna dalam koordinat tersebut tempatnya besar kemungkinan kawasan itu selari dengan negara Eropah @ New York @ Georgia(bersebelahannya). Situasi ini sama dengan pendedahan wikileaks baru-baru ini..keratan akhbar Berita Harian…

Selasa April 26, 2011
Ugutan Nuklear Jika Osama Dibunuh Atau Tangkap

LONDON: Mereka yang berada di belakang perancangan letupan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia New York pada 11 September 2001 memberi amaran bahawa Al-Qaeda akan meletupkan bom nuklear di benua Eropah sekiranya Osama bin Laden ditangkap atau dibunuh, demikian menurut pendedahan maklumat yang disebarkan oleh WikiLeaks.
Malah kumpulan itu juga pernah mengugut akan melakukan sekali lagi serangan sepertimana di Amerika ke atas Lapangan Terbang Heathrow di London.
Maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks itu adalah petikan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas perancang utama serangan berani mati 11 September iaitu Khalid Sheikh Mohammed di Kem Tahanan Teluk Guantanamo.
Khalid Sheikh Mohammed memberi amaran bahawa kumpulan pengganas itu akan meletupkan bom nuklear seandainya Osama dibunuh atau ditangkap.
Maklumat itu memberi gambaran mengapa sehingga ke hari ini Osama Bin Laden masih tidak dapat ditangkap atau dibunuh oleh agen-agen Amerika kerana bimbang ia akan mencetuskan impak besar ke atas tindakan membalas dendam oleh para pengikut Al-Qaeda.
Sheikh Mohammed, yang mengaku bertanggungjawab merancang serangan ke atas Amerika pada 11 September 2001 telah ditahan di Guantanamo sejak 2006 dan kini sedang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah tentera Amerika di Pangkalan Tentera Laut Amerika, Cuba.
Laporan tentang amarannya itu telah disiarkan oleh akhbar harian Britain, Daily Telegraph semalam. Akhbar tersebut merupakan salah satu media yang dibekalkan dengan maklumat tersebut oleh WikiLeaks.



Ini bermakna Yahudi Zionist dan CIA akan meletupkan bom nuclear atau perang antara Iran dan Amerika di mulai dengan peluru Nuklear.

Dalam kitab Al-Fitan telah dinyatakan akan keadaan ini. Apa dia kitab Al-Fitan ni..kitab yang menceritakan akan huru-hara di akhir zaman…Antara keratannya..

“ Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun,hitunglah dekad itu dua atau tiga…akan muncul al-Mahdi al-Amin (Pemimpin yang mendapat petunjukdan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia….”

Bermaksud 1 dekad=10 tahun, 1400+30=1430hijriyah, 1433(tahun 2012) dan tahun ke atas..Huru-hara di Timur Tengah, Perang di Libya sedang berlaku…

Hadis nabi mengenai perang…

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telahan aku, berdamai dengan Rom bermaksud.. bangsa Arab akan berdamai dengan Amerika dan sekutunya..musuh dari belakang ialah Iran..Huru-hara yang berlaku di Syria hari ini amat menakutkan kerana boleh jadi Iran akan campur tangan kerana kedua-dua pemimpin Syria dan Iran adalah bermazhab Syiah…Campur tangan Iran di Syria akan menyebabkan perang dengan Amerika dan gengnya..Manakala Iran bersahabat baik dengan Russia dan China..kerana hubungan baik diplomatik dan ekonomi ekoran sumber minyak…Bila perang Iran Amerika, sudah tentu kuasa besar China dan Russia akan membantu dan bergabung dengan IRAN,RUSSIA,CHINA…WAR WORLD THREE (WW3) BEGINS!...

Meriam nuklear milik China


Saranan Yahudi Zonist, Freemason, Illuminati and Secret society pada pelan meyambut kedatangan Dajjal telah tiba..Dajjal akan dizahirkan setelah berlaku WW3 sebagai penyelamat atau Avatar..Apabila perang manusia berada dalam ketakutan..Dajjal akan mencari mangsanya supaya mengikutnya..sampai satu tahap kebaikan dan bantuannya dia akan mengaku sebagai nabi..kemudian mengaku sebagai tuhan…

Fitnah di ambang penzahiran Dajjal adalah lebih bahaya daripada fitnah kuncunya dari golongan Freemason dan Yahudi Zionist sekarang…

Berpegang teguh lah pada tali Allah dan Rasulllah..Tak ada jalan yang selamat selain berdoa pada Allah dan teguhkan iman kita..Islam kembali dagang..itulah janji Allah..wallualam

4 comments:

  1. well done bro. pandangan dan kajian yang cukup menarik. teruskan usaha saudara.

    ReplyDelete
  2. huhu..ade dgr..tok guru hj.abdul hadi pun byk mention dalam kuliah hari jumaat

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang sangat baik. semangnya kedatangan dajjal sesuatu yg akan/sudah berlaku.

    wallualam

    ReplyDelete